Asmaul Husna

Asmaul Husna

Tuesday, January 13, 2015

Kekuasaan ALLAH AL-GHONIY AL-MUGHNIY

Assalamualaikum wbr

Alhamdulillah, misi bantuan banjir 3i masih berjalan walaupun keadaan banjir sudah kembali pulih, namun di sana ada jiwa dan hati yang masih perlu di rawat, masih dahagakan aliran kasih sayang dan perhatian dari insan-insan yang dipilih ALLAH. InsyaAllah Pertubuhan Kebajikan 3i akan sentiasa bergerak menghulurkan bantuan dengan izin ALLAH.

Musibah banjir baru-baru ini memberikan peluang besar kepada semua pihak untuk membantu dan menyumbang sama ada dari sudut wang ringgit, tenaga, masa dan sebagainya bagi meringankan beban mangsa banjir. Alhamdulillah pihak 3i banyak menerima sumbangan dalam bentuk wang ringgit, dan terus digunakan untuk membeli keperluan bagi mangsa banjir. Sesungguhnya ALLAH itu Maha Kaya dan Dia melimpahkan kekayaannya kepada hamba-hamba yang diinginiNya..Terima kasih banyak kepada mereka yang telah menghulurkan wang sumbangan kepada pihak 3i. Hanya ALLAH akan membalasnya.

Justeru, jika anda ingin mengintai-ngintai peluang untuk terus menyumbang, dalam apa jua bentuk, boleh lah menghubungi pejabat pertubuhan kebajikan 3i di talian 09-5444 649. Semoga setiap amal kebajikan kita akan dihisab oleh ALLAH di akhirat kelak. amiiiin...

Wednesday, January 7, 2015

MISI BANTUAN BANJIR 3i

Assalamualaikum wbr

Seperti mana yang kita sedia maklum, Malaysia dikejutkan dengan banjir besar pada hujung tahun 2014.
Namun, sebagai hamba ALLAH, kita perlu sedar bahawa semuanya telah dirancang dengan sempurna oleh ALLAH AL-BAARI'. Antara negeri yang teruk terjejas ialah Kelantan, Terengganu dan Pahang. Mangsa banjir di pusat pemindahan mencecah hampir 93 ribu orang. MasyaALLAH....satu jumlah yang besar. ALLAH AL-QOODIR AL-MUQTADIR telah menetapkan semuanya untuk hamba-hamba yang dikasihinya.

Dengan penuh rasa kehambaan, krew 3i di serata Malaysia telah bergabung tenaga untuk menyumbangkan bantuan kepada mangsa banjir di kawasan-kawasan yang terlibat. Krew 3i telah melakukan gerak kerja sebagai khalifah ALLAH di muka bumi ini sedaya upaya untuk meraih redha ALLAH semata-mata. Antara gerak kerja yang telah dijalankan ialah:
Mencuci rumah mangsa banjir
Mengajar mengaji di pusat pemindahan banjir
Memberikan panduan zikir Asmaul Husna 
Menyalurkan sumbangan dalam bentuk makanan & pakaian
Membelikan barang keperluan semasa untuk mangsa banjir
Memberikan motivasi dan semangat berasaskan Asmaul Husna


3i juga menjalinkan hubungan kerjasama dengan badan kerajaan dan swasta lain untuk menyalurkan sumbangan kepada mangsa banjir. Antara badan yang terlibat ialah University Malaysia Pahang Holding, NGO Kaunselor daripada Kedah dll..

Terkini..sebahagian krew 3i sedang berada di Kuala Krai Kelantan bagi menghulurkan pelbagai bantuan kepada mangsa banjir di sana. Di bawah ini disertakan beberapa keping gambar aktiviti krew 3i membantu mangsa banjir. Semoga ALLAH AL-GHONIY AL-MUGHNIY terus mengalirkan kekayaan Nya kepada hamba-hambanya yang sentiasa membantu golongan yang susah. ALLAH AL-QOWIY teruslah memberi kekuatan fizikal mental dan spritual kepada krew 3i untuk meneruskan kerja-kerja kebajikan ini dan berilah ketabahan kepada mangsa banjir agar mereka sentiasa redha dan sabar atas ujian yang menimpa mereka.

InsyaALLAH akan dikemaskini lagi aktiviti Pertubuhan Kebajikan 3i di masa akan datang. Terima kasih kerana sudi membaca.

Mengajar mengaji di Pusat pemindahan banjir di Penjara Penor,Kuantan.


 Membeli pakaian sekolah kanak-kanak untuk disumbangkan kepada mangsa banjir

 Tazkirah dan panduan zikir penghayatan Asmaul Husna dan doa untuk mangsa banjir di Penjara Penor.

 Membantu mencuci pinggan di rumah mangsa banjir di Kg.Kurnia, Bt.3,Kuantan




 Membantu mencuci pejabat Dewan Muslimat Pas Kawasan Temerloh

 Misi memotivasikan mangsa banjir di SK SEKARA,CHENOR



 Misi bantuan di Kuala Krai,Kelantan

 Doa  penghayatan untuk mangsa banjir

 Krew 3i Kedah menghulurkan sumbangan kepada mangsa banjir di Penjara Penor


Tazkirah Asmaul Husna oleh PM Dr Wan Maseri di Penjara Penor