Asmaul Husna

Asmaul Husna

Tuesday, January 13, 2015

Kekuasaan ALLAH AL-GHONIY AL-MUGHNIY

Assalamualaikum wbr

Alhamdulillah, misi bantuan banjir 3i masih berjalan walaupun keadaan banjir sudah kembali pulih, namun di sana ada jiwa dan hati yang masih perlu di rawat, masih dahagakan aliran kasih sayang dan perhatian dari insan-insan yang dipilih ALLAH. InsyaAllah Pertubuhan Kebajikan 3i akan sentiasa bergerak menghulurkan bantuan dengan izin ALLAH.

Musibah banjir baru-baru ini memberikan peluang besar kepada semua pihak untuk membantu dan menyumbang sama ada dari sudut wang ringgit, tenaga, masa dan sebagainya bagi meringankan beban mangsa banjir. Alhamdulillah pihak 3i banyak menerima sumbangan dalam bentuk wang ringgit, dan terus digunakan untuk membeli keperluan bagi mangsa banjir. Sesungguhnya ALLAH itu Maha Kaya dan Dia melimpahkan kekayaannya kepada hamba-hamba yang diinginiNya..Terima kasih banyak kepada mereka yang telah menghulurkan wang sumbangan kepada pihak 3i. Hanya ALLAH akan membalasnya.

Justeru, jika anda ingin mengintai-ngintai peluang untuk terus menyumbang, dalam apa jua bentuk, boleh lah menghubungi pejabat pertubuhan kebajikan 3i di talian 09-5444 649. Semoga setiap amal kebajikan kita akan dihisab oleh ALLAH di akhirat kelak. amiiiin...

Wednesday, January 7, 2015

MISI BANTUAN BANJIR 3i

Assalamualaikum wbr

Seperti mana yang kita sedia maklum, Malaysia dikejutkan dengan banjir besar pada hujung tahun 2014.
Namun, sebagai hamba ALLAH, kita perlu sedar bahawa semuanya telah dirancang dengan sempurna oleh ALLAH AL-BAARI'. Antara negeri yang teruk terjejas ialah Kelantan, Terengganu dan Pahang. Mangsa banjir di pusat pemindahan mencecah hampir 93 ribu orang. MasyaALLAH....satu jumlah yang besar. ALLAH AL-QOODIR AL-MUQTADIR telah menetapkan semuanya untuk hamba-hamba yang dikasihinya.

Dengan penuh rasa kehambaan, krew 3i di serata Malaysia telah bergabung tenaga untuk menyumbangkan bantuan kepada mangsa banjir di kawasan-kawasan yang terlibat. Krew 3i telah melakukan gerak kerja sebagai khalifah ALLAH di muka bumi ini sedaya upaya untuk meraih redha ALLAH semata-mata. Antara gerak kerja yang telah dijalankan ialah:
Mencuci rumah mangsa banjir
Mengajar mengaji di pusat pemindahan banjir
Memberikan panduan zikir Asmaul Husna 
Menyalurkan sumbangan dalam bentuk makanan & pakaian
Membelikan barang keperluan semasa untuk mangsa banjir
Memberikan motivasi dan semangat berasaskan Asmaul Husna


3i juga menjalinkan hubungan kerjasama dengan badan kerajaan dan swasta lain untuk menyalurkan sumbangan kepada mangsa banjir. Antara badan yang terlibat ialah University Malaysia Pahang Holding, NGO Kaunselor daripada Kedah dll..

Terkini..sebahagian krew 3i sedang berada di Kuala Krai Kelantan bagi menghulurkan pelbagai bantuan kepada mangsa banjir di sana. Di bawah ini disertakan beberapa keping gambar aktiviti krew 3i membantu mangsa banjir. Semoga ALLAH AL-GHONIY AL-MUGHNIY terus mengalirkan kekayaan Nya kepada hamba-hambanya yang sentiasa membantu golongan yang susah. ALLAH AL-QOWIY teruslah memberi kekuatan fizikal mental dan spritual kepada krew 3i untuk meneruskan kerja-kerja kebajikan ini dan berilah ketabahan kepada mangsa banjir agar mereka sentiasa redha dan sabar atas ujian yang menimpa mereka.

InsyaALLAH akan dikemaskini lagi aktiviti Pertubuhan Kebajikan 3i di masa akan datang. Terima kasih kerana sudi membaca.

Mengajar mengaji di Pusat pemindahan banjir di Penjara Penor,Kuantan.


 Membeli pakaian sekolah kanak-kanak untuk disumbangkan kepada mangsa banjir

 Tazkirah dan panduan zikir penghayatan Asmaul Husna dan doa untuk mangsa banjir di Penjara Penor.

 Membantu mencuci pinggan di rumah mangsa banjir di Kg.Kurnia, Bt.3,Kuantan




 Membantu mencuci pejabat Dewan Muslimat Pas Kawasan Temerloh

 Misi memotivasikan mangsa banjir di SK SEKARA,CHENOR



 Misi bantuan di Kuala Krai,Kelantan

 Doa  penghayatan untuk mangsa banjir

 Krew 3i Kedah menghulurkan sumbangan kepada mangsa banjir di Penjara Penor


Tazkirah Asmaul Husna oleh PM Dr Wan Maseri di Penjara Penor

Wednesday, December 17, 2014

PENGGERAK KEBAJIKAN 3i

CARTA ORGANISASI PERTUBUHAN KEBAJIKAN 3i

PENAUNG
DR RAMDAN BIN RAZALI

PENGERUSI
PROF. MADYA DR WAN MASERI BT WAN MOHD

PENGERUSI 1
CIK SYARIFAH AZIRAH BT SYED OTHMAN

PENGERUSI 2
CIK NASIHAH SAKINAH BT ZULKIFLI AUNI

SETIAUSAHA
CIK NORHAMIZAH BT ZAKARIA

BENDAHARI
CIK SITI RAFIDAH BT MOHAMAD

BIRO MULTIMEDIA, PROMOSI, SIARAYA & TEKNIKAL
KETUA: CIK NORASYIKIN SAFIENY
AJK: PN. NUUR AFIFAH BT RAMDAN
AJK: CIK NUUR HAFIZAH BT RAMDAN

BIRO KEBAJIKAN & ZIARAH
KETUA: CIK SYARIFAH AZIRAH BT SYED OTHMAN
AJK: PN. AMIRA BT MOHAMMAD AMIN
AJK: PN.HALIFAH BT MAT SALLEH

BIRO MAKANAN
 KETUA: PN. NORIHA EMBONG
AJK: PN.SANIYAH ISHAK
AJK: PN. ZAINABUR KAZAR BT HJ.MOHD RAHIM

BIRO PENERBITAN
CIK SYARIFAH AZIRAH BT SYED OTHMAN

BIRO TAJAAN
PN.ROHANI BT IBRAHIM


PERSON IN CHARGE (PIC) AKTIVITI PERTUBUHAN KEBAJIKAN 3i

PROGRAM AL-FATEH
CIK NASIHAH SAKINAH BT ZULKIFLI AUNI

PROGRAM DIC
PN.HALIFAH BT MAT SALLEH

PROGRAM MAHABBAH HOSPITAL
PN.ROHANI BT IBRAHIM

PROGRAM MAHASISWA & INSTITUSI
CIK NORASYIKIN SAFIENY

BAITUL HANAN
CIK SYARIFAH AZIRAH BT SYED OTHMAN

DINASTI
CIK MASKHAZILA 

Sunday, December 14, 2014

PENGENALAN PERTUBUHAN KEBAJIKAN 3i

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbr

Alhamdulillah, setinggi syukur di rafa'kan kepada ALLAH AL-'ALIY AL-MUTAALI. Segunung tahmid hanya layak kepada ALLAH AL-HAMIID AL-MAJIID. Dengan rahmat dan kasih sayang ALLAH AR-RAHMAN, AR-RAHIIM lah kita mampu hidup lagi dengan seribu satu nikmat pada hari ini. Syukran Ya ALLAH Ya ROZAAQ atas kurnia nikmat rezekiMu.

Dengan izin ALLAH AL-KABIIR, ALLAH yang Maha Besar telah tertubuhnya satu pertubuhan yang berpaksikan kepada kerja-kerja kebajikan yang dinamakan PERTUBUHAN KEBAJIKAN 3i.

Maklumat pertubuhan adalah seperti berikut:

Alamat:
No. 1, Lorong Pelindung Bayu 1, Taman Pelindung Bayu,
26100 Beserah, Kuantan, Pahang.

No.Tel: 09-544 4649

Antara aktiviti yang telah dan akan dijalankan ialah:
 Program Ziarah pesakit di Hospital
Program Ziarah Pusat Pemulihan Akhlaq
Program motivasi sekolah
Program bersama Mahasiswa
Program Pentarbiyahan Warga Emas
Program Pentarbiyahan anak yatim

InsyaAllah maklumat terkini dan takwim program akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Jika anda ingin mengajukan soalan atau pandangan, bolehlah berhubung dengan pegawai Pertubuhan seperti nombor di atas.